Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 3 to = 7
 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 3 4 5 6 7 Next Page Next Group
      Paparan 11-15 daripada 77 Rekod.


CCC : PERIHAL CCC
11.
Adakah bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mendapatkan CCC.
 
Selaras Pekeliling KSU KPKT bertarikh 15 Ogos 1995 Peraturan Membina Bangunan-Bangunan Persekutuan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan pekeliling susulan bertarikh 14 Jun 1999, cadangan pembangunan yang diuruskan oleh agensi pelaksana dikecualikan dari memperolehi Perakuan Layak Menduduki atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Pelan Bangunan pula dikemukakan sebagai rekod. Walau bagaimanapun sekiranya bangunan yang dibina memerlukan CCC maka proses pengemukaan pelan bangunan hendaklah mematuhi UKBS 1984.

12.
Bagaimana sistem CCC dapat menjamin pembeli rumah dilindungi?
 
Dalam sistem CCC setiap perunding, kontraktor atau kontraktor tred mengesah dan memperakui telah mematuhi spesifikasi dan pelan semasa membina bagi 21 komponen pembinaan yang berkaitan. Tanggungjawab diambil sepenuhnya bagi mereka-mereka yang mengesah dan menandatangani borang-borang yang berkaitan. Sekiranya terdapat kegagalan dalam pembinaan, pihak yang bertanggungjawabdapat dikenal pasti.

13.
Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan 3 minggu sekali. Terdapat ketidakpatuhan CCC oleh PSP. Masa menunggu keputusan mesyuarat terlalu lama.
 
Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali Pengendalian ketidakpatuhan boleh dikendali melalui aspek penurunan kuasa yang jelas dari PBT kepada YDP atau Pengarah Teknikal.

14.
Borang G5; kontraktor pemasangan paip berlesen hanya menurunkan tandatangan dan meletakan no. pendaftaran tanpa cop rasmi syarikat. Adakah dibolehkan atau bagaimana?
 
CCC meletakkan kebertanggungjawaban kepada para profesional dan orang yang kompeten secara individu, sementara ke atas syarikat bagi kontraktor atau kontraktor tred tandatangan dan nombor pendaftaran badan kawalselia adalah memadai.

15.
Sekiranya tarikh pendaftaran dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) telah tamat, adakah jurutera dibenarkan menurunkan tandatangan pada borang G3 ?
 
Akta yang berkaitan dengan perunding menghalang praktis profesional yang tidak berdaftar dengan lembaga yang berkaitan. Hanya perunding yang sah pendaftaran dengan lembaga yang boleh laksanakan CCC.

 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 3 4 5 6 7 Next Page Next Group
      Paparan 11-15 daripada 77 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 77

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT