Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 4 to = 8
 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 4 5 6 7 8 Next Page Next Group
      Paparan 16-20 daripada 77 Rekod.


CCC : PERIHAL CCC
16.
Pelanggan menyatakan bahawa pihaknya telah diminta untuk menyertakan surat perakuan/pengesahan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan ditapak sedangkan borang G1-G21 tidak menyatakan keperluan tersebut. Sebagai contoh bagi kerja-kerja crasher run, pihaknya telah diarahkan oleh arkitek projek sebagai Lead Consultant untuk mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa kerja-kerja tersebut adalah mengikuti spesifikasi dan sebagainya.
 
Surat perakuan/pelepasan hanya diperlukan bagi melengkapkan borang-borang G8,G9,G11,G13,G14,G15,G16 & G17.

17.
Bagi Projek Bangunan yang terlibat proses pemutihan dan telah mendapat kelulusan, adakah pemohon perlu kemukakan Borang B (notis memulakan/penyambungan semula kerja bangunan) bagi mendapatkan CCC?
 
Bagi projek yang telah mendapat kelulusan pelan-pelan tetapi belum dibina, Borang B mula/sambung kerja, hendaklah dikemukakan sebelum kerja-kerja di tapak dimulakan. Kegagalan mengemukakan Borang B tidak wajar dikaitkan dengan pengeluaran CCC. PBT boleh mengambil tindakan berasingan bagi kegagalan tersebut.

18.
Adakah Jurutera Profesional layak mengeluarkan CCC bagi bangunan kediaman/projek perumahan?
 
Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia mengenai appendix A,B dan C iaitu berkenaan Pengemukaan Pelan-pelan oleh Arkitek Profesional dan Jurutera Profesional, Jurutera Profesional tidak layak mengeluarkan CCC bagi bangunan kediaman/projek perumahan.

19.
Keperluan CCC untuk rumah sesebuah sama ada pilihan atau wajib kepada semua pemohon?
 
Rumah sesebuah di mana pelan bangunannya dikemukakan kepada PBT selepas 12 April 2007 adalah tertakluk kepada sistem CCC. Tiada pengecualian CCC bagi rumah sesebuah.

20.
Bagi projek perumahan, adakah pengeluaran CCC Sebahagian (F1) dibenarkan?
 
CCC Sebahagian tidak terpakai kepada perumahan, (Akta 118) tidak merujuk kepada F1.

 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 4 5 6 7 8 Next Page Next Group
      Paparan 16-20 daripada 77 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 77

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT