Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 2 to = 6
 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 2 3 4 5 6 Next Page Next Group
      Paparan 6-10 daripada 77 Rekod.


CCC : PERIHAL CCC
6.
Apakah sistem kawalan ke atas pihak professional bagi menjamin tiada peyelewengan atau penyalahgunaan kuasa?
 
Bagi menjamin tiada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak profesional, sistem baru ini memperkenalkan konsep tanggungjawab secara matriks di mana kawalan nyata diperuntukkan melalui penggunaan 21 borang perakuan berperingkat (stage certification).

Selain itu, bagi mengukuhkan kawalan ini, pihak profesional tertakluk kepada Akta profesional masing-masing.


7.
Adakah Professional Indemnity Insurance (PII) boleh melindungi Jurutera dan Arkitek kerana kini mereka juga dikehendaki membuat perakuan yang mungkin di luar norm of reasonable care, skill and diligence yang dikehendaki dari mereka? Adakah pihak pembeli juga mungkin dibebankan dengan kos premium bagi polisi insurans yang dimasukkan dalam kos harga bangunan ataupun PII itu sendiri tidak akan dilanjutkan untuk melindungi Jurutera dan Arkitek dan mengakibatkan pembeli sukar mendapat gantirugi?
 
Pada masa ini PII tidak diwajibkan untuk Arkitek atau Jurutera. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan para profesional didapati mengambilnya untuk perlindungan sendiri.

Kedua-dua Lembaga Profesional sedang mengkaji kesesuaian untuk mewajibkan PII ke atas para profesional tanpa membebankan pihak pembeli.


8.
Apakah kelebihan sistem CCC kepada pembeli rumah?
 
Perakuan CCC boleh dikeluarkan bersekali dengan Pemilikan Kosong (VP). Perkara ini dapat mengatasi masalah dan implikasi yang sering dikaitkan dengan CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.

Dengan pengenalan proses tanggungjawab secara matriks, ada peningkatan dalam aspek akauntabiliti dan ketelusan di mana tindakan boleh diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kegagalan atau kecacatan pada bangunan. Dengan demikian, kualiti kerja akan lebih terjamin.


9.
PSP telah perakui kerja-kerja (G1-G4). Semakan dibuat oleh PBT mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap kerja-kerja tersebut.
 
PSP hanya mengesahkan kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan projek. Bagi kerja-kerja yang berkaitan serta tidak mematuhi keperluan undang-undang PBT boleh mengambil tindakan mengeluarkan notis tidak patuh dan perbetul ketidakpatuhan atau arahan tahan pengeluaran CCC.

10.
PSP telah kemukakan Borang F beserta sesalinan Borang G1-G21. Isunya adakah Borang G17 (Jalan dan Parit) perlu mendapat surat sokongan daripada PBT atau JKR bagi Jalan & Parit atau kedua-duanya sekali.
 
Jika skop kerja jalan tersebut melibatkan kawalseliaan JKR maka surat pengesahan daripada JKR diperlukan bagi Borang G17. Sebaliknya, sekiranya skop kerja melibatkan kawal seliaan PBT maka surat pengesahan PBT diperlukan. Sekiranya skop kerja jalan melibatkan kedua-dua agensi PBT dan JKR, maka surat-surat pengesahan dari kedua-dua agensi diperlukan.

 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 2 3 4 5 6 Next Page Next Group
      Paparan 6-10 daripada 77 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 77

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT