Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 5 to = 9
 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 5 6 7 8 9 Next Page Next Group
      Paparan 21-25 daripada 77 Rekod.


CCC : PERIHAL CCC
21.
Adakah wajib bagi PBT untuk membuat lawatan tapak apabila Borang G dikemukakan oleh PSP?
 
Selaras Akta 133, Lawatan tapak oleh PBT adalah tidak mandatori.

22.
Adakah terdapat undang-undang yang melindungi pemaju/client berhubung kepentingan dan hak?
 
Pematuhan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Pindaan 2007)  Akta A1286 meletakkan kebertanggungjawaban serta melindungi semua pihak yang berkaitan dengan CCC.

23.
Apakah borang B?
 
Dalam mana-mana pembangunan di dalam kawasan PBT, apabila kerja hendak dimulakan, Borang B hendaklah dikemukakan kepada PBT sebagai Notis Memulakan atau Menyambung Kerja Bangunan. Borang B adalah merupakan satu keperluan undang-undang dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

24.
Siapakah yang layak mengeluarkan CCC?
 
Dalam sistem CCC, Orang Utama Yang Mengemukakan iaitu Principal Submitting Person (PSP) ditafsirkan sebagai orang yang berkelayakan (para profesional) yang mengemukakan Pelan Bangunan kepada PBT untuk kelulusan dan hanya PSP yang layak mengeluarkan CCC. Hanya tiga kategori profesional yang layak mengeluarkan CCC iaitu Arkitek Profesional, Jurutera Profesional dan Pelukis Pelan Berdaftar (bagi bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan tidak melebihi 300 meter persegi atau mana-mana syarat lain yang dikenakan Lembaga). Rujukan boleh dibuat kepada Lembaga masing-masing untuk mendapatkan pengesahan samada layak atau tidak sebagai PSP dalam melaksanakan sesuatu projek.

25.
Bagi bangunan yang dibina dengan struktur kekal atas tanah kerajaan (disewa-TOL dan kebenaran pejabat tanah telah diperoleh) adakah CCC boleh dikeluarkan?
 
Pelaksanaan CCC adalah terpakai kepada semua jenis bangunan yang mana pelan bangunanya dikemukakan kepada PBT selepas 12 April 2007. Tiada pengecualian walaupun tapak bangunan telah ada kelulusan pejabat tanah. Walau bagaimanapun cadangan pembangunan yang diuruskan oleh agensi pelaksana dikecualikan dari memperolehi Perakuan Layak Menduduki atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang berkuatkuasa pada masa ini. Pelan Bangunan pula dikemukakan sebagai rekod. Tetapi, sekiranya bangunan yang dibina memerlukan CCC maka proses pengemukaan pelan bangunan hendaklah mematuhi UKBS 1984.

 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 5 6 7 8 9 Next Page Next Group
      Paparan 21-25 daripada 77 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 77

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT