Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 6 to = 10
 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 6 7 8 9 10 Next Page Next Group
      Paparan 26-30 daripada 77 Rekod.


CCC : PERIHAL CCC
26.
PSP tidak mengemukakan surat pengesahan dan pelepasan daripada Agensi Teknikal Luaran seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi Borang G8 dan G9, Indah Water Konsortium bagi Borang G13 dan sebagainya.
 
Bagi borang-borang G yang berkaitan dengan projek dan memerlukan dikepilkan surat pengesahan, maka Borang-borang G tersebut dianggap tidak lengkap untuk pengeluaran CCC jika tidak dikepilkan dengan surat pengesahan.

27.
PSP mengemukakan surat pengesahan dan pelepasan bagi Borang G17 (Jalan dan Parit) dengan mengambilkira hanya salah satu agensi sahaja contohnya JKR sahaja tanpa pengesahan dan pelepasan daripada PBT walaupun ianya melibatkan jalan PBT.
 
Jika jalan tersebut dibawah bidang kuasa PBT, surat pengesahan daripada PBT perlu dilampirkan bersekali dengan Borang G17 tersebut. Sebaliknya, jika jalan tersebut dibawah bidang kuasa JKR surat pengesahan daripada JKR perlulah dilampirkan. Sekiranya terdapat jalan-jalan yang berada dibawah bidang kuasa PBT dan JKR, surat pengesahan daripada kedua-dua pihak perlulah disertakan.

28.
PSP mengeluarkan CCC walaupun terdapat syarat-syarat teknikal yang ditentukan oleh PBT belum dipatuhi.
 
Pematuhan kepada syarat-syarat teknikal PBT adalah salah satu daripada 4 syarat utama pengeluaran CCC.

29.
PSP telah memperakui kerja-kerja (G1-G4).Berdasarkan lawatan tapak yang dibuat, PBT mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap kerja tersebut. Apakah tindakan yang harus diambil oleh PBT ?
 
Sekiranya CCC belum dikeluarkan lagi maka PBT boleh mengeluarkan notis ketidakpatuhan, sekiranya CCC telah dikeluarkan PBT boleh mengambil tindakan di bawah subseksyen 70(13), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

30.
Bolehkah OSC menolak deposit salinan Borang F dan Borang G oleh PSP sekiranya didapati dokumen-dokumen tersebut tidak lengkap.
 
Selaras UUK 25(3) UKBS 1986 [Sel.P.U 26/1985] (Pindaan 2007) salinan CCC dan borang-borang G didepositkan kepada PBT dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengeluaran CCC tersebut. Ini bermakna pada hari pendepositan tersebut CCC telahpun dikeluarkan kepada pemunya dan PBT tiada kuasa menolak pendepositan tersebut atas alasan dokumen tidak lengkap dan tidak sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

 
    Muka Surat  Previous Group Previous Page 6 7 8 9 10 Next Page Next Group
      Paparan 26-30 daripada 77 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 77

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT