Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 1 to = 3.2
 
    Muka Surat  Previous Page 1 2 3 Next Page
      Paparan 6-10 daripada 11 Rekod.


PENGISIAN BORANG : CARA PENGISIAN BORANG REKOD SECARA ONLINE
6.
Bagaimana hendak mengubah data maklumat yang telah berstatus LULUS / TOLAK (SELESAI)?
 
Maklumat projek yang berstatus lulus hanya boleh diubah oleh peranan Ketua OSC sahaja (Peranan : 5). Pegawai OSC TIDAK BOLEH mengubah maklumat projek yang telah LULUS atau TOLAK (SELESAI)

7.
Apakah maksud permohonan dalam proses atau telah selesai?
 
Permohonan dianggap SELESAI apabila status permohonan telah bertukar kepada LULUS, LULUS BERSYARAT, TOLAK, BATAL dan REKOD.
Permohonan masih dianggap dalam PROSES sekiranya status adalah PROSES, UBAHSUAI, TANGGUH.


8.
Saya ingin tahu bagaimana tarikh lewat lapor digunapakai? Kebiasaannya OSC akan insert tarikh lulus sebaik sahaja permohonan diluluskan oleh Mesyuarat JK OSC setiap 2 minggu. Adakah ianya dikira berdasarkan tarikh terakhir update? Memandangkan adanya sesetengah permohonan akan diupdate apabila surat ulasan diterima daripada agensi teknikal atau berlaku sebarang pindaan oleh pemohon maka memang berlakunya pindaan kepada tarikh tersebut.
 
Laporan Lewat Lapor dikira berdasarkan tarikh permohonan didaftarkan kali pertama dengan tarikh terima permohonan oleh Di dalam taklimat Portal OSC, telah diperjelaskan dan ditekankan bahawa OSC mesti melaporkan/mendaftarkan semua permohonan yang diterima apabila ianya diterima dan bukannya setelah permohonan diluluskan (yang mungkin selepas 60 hari).
Contoh kiraan : Tarikh terima : 1 Apr 2009.
Tarikh Lulus : 28 Mei 2009.
OSC mesti mendaftarkan permohonan ini sebelum 5 Mei 2009. Jika permohonan ini dilaporkan setelah lulus iaitu 29 Mei 2009, sudah pasti permohonan ini dianggap sebagai lewat lapor selama 35 hari. Dalam portal OSC, ada fungsi semakan status permohonan oleh pemohon.


9.
Keperluan CCC untuk bangunan perusahaan burung walit merangkumi bangunan free standing untuk burung walit, bangunan kedai pejabat/industri yang terdapat perusahaan walit di atasnya, bangunan yang digunakan untuk perusahaan burung walit yang berpotensi untuk ditukarguna pada masa hadapan untuk kegunaan lain. Di dalam GP Burung Walit yang baru terdapat keperluan untuk CCC dalam permohonan lesen kepada pihak PBT.
 
CCC adalah sijil fitness yang mengesahkan sesebuah bangunan itu selamat dan layak untuk diduduki, merangkumi semua jenis pemajuan untuk semua jenis kegunaan.

10.
Siapakah yang layak mengeluarkan CCC ?
 
Hanya tiga kategori profesional yang layak mengeluarkan CCC iaitu Arkitek Profesional, Jurutera Profesional dan Pelukis Pelan Berdaftar (bagi bangunan tidak melebihi 2 tingkat dan keluasan tidak melebihi 300 meter persegi atau had-had lain yang dikenakan lembaga dari masa ke semasa).

 
    Muka Surat  Previous Page 1 2 3 Next Page
      Paparan 6-10 daripada 11 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 11

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT