Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 1 to = 3.2
 
    Muka Surat  Previous Page 1 2 3 Next Page
      Paparan 6-10 daripada 11 Rekod.


PROSEDUR KERJA OSC : SEMUA BERKAITAN PROSEDUR KERJA OSC
6.
Adakah pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan secara berasingan?
 
Di bawah inisiatif yang telah dilancarkan ini, pemohon adalah digalakkan untuk mengemukakan permohonan secara serentak iaitu permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain kepada Urus Setia Pusat Setempat. Namun demikian, pemohon masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan secara berturutan atau berasingan kepada Urus Setia Pusat Setempat. Dari segi norma masa memproses adalah bergantung kepada jenis permohonan yang dikemukakan dan tidak tertakluk kepada jangkamasa 4 bulan atau 6 bulan seperti yang telah diputuskan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007.

7.
Bagaimanakah sekiranya permohonan yang dikemukakan tidak lengkap?
 
Bagi permohonan yang tidak lengkap, Urus Setia Pusat Setempat hendaklah menerima permohonan tersebut dan memaklumkan kepada pemohon supaya mengemukakan dokumen tambahan yang diperlukan. Urus Setia Pusat Setempat hanya akan mendaftar permohonan yang lengkap dan akan diedarkan kepada jabatan-jabatan untuk diproses dan rujukan kepada Jabatan/Agensi Teknikal untuk ulasan dan pandangan. Jangkamasa memproses akan mula dikira apabila permohonan didaftarkan.

8.
Adakah pihak kementerian menyedari ketidakseragaman keperluan permohonan dari segi jenis dan bilangan dokumen?
 
Pada masa kini, di setiap negeri mempunyai keperluan yang berbeza dari segi jenis dan bilangan dokumen. Adalah sukar untuk diseragamkan memandangkan setiap negeri mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun, dicadangkan senarai semak bagi jenis dan bilangan dokumen/pelan boleh diselaraskan di peringkat negeri mengikut jenis permohonan.

9.
Adakah kepentingan semua kaum telah diambil kira dalam pelaksanaan dan fungsi OSC yang baru ditubuhkan?
 
Pelaksanaan Pusat setempat adalah bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam proses dan prosedur cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pusat Setempat ini berfungsi untuk menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan membuat perakuan permohonan pembangunan tanah. Jawatankuasa Pusat Setempat akan bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung permohonan yang diterima dan seterusnya memaklumkan keputusan permohonan kepada pemohon. Permohonan-permohonan yang diterima oleh Pusat Setempat akan dilayan dan diproses tanpa prejudis. Dari segi perlantikan Ahli Majlis di dalam Jawatankuasa Pusat Setempat pula, ianya adalah merupakan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak menetapkan sebarang pra syarat berhubung perlantikan Ahli Majlis serta komposisi kaum dalam Jawatankuasa Pusat Setempat ini.

10.
Apakah kelayakan orang yang menyediakan dan mengemukakan permohonan kebenaran merancang?
 
Seksyen 21C Akta 172 memperuntukkan bahawa permohonan kebenaran merancang hendaklah disediakan oleh seorang yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui kaedah atau seseorang yang berhak berbuat demikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

 
    Muka Surat  Previous Page 1 2 3 Next Page
      Paparan 6-10 daripada 11 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 11

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada 26 Mac 2014 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian ICT/JKT/KPKT