PENGISIAN BORANG : CARA PENGISIAN BORANG REKOD SECARA ONLINE
|
1. |
Jika tersilap isi borang, bagaimana cara memindah maklumat projek dari Borang 1 ke Borang 2 dan lain-lain? |
|
Pada masa sekarang, modul pemindahan rekod borang masih belum dilaksanakan. Justeru, rekod yang silap MESTI dipadam (DELETE) dan ditambah rekod pada borang sebenarnya.
|
2. |
Bagaimana cara untuk menambah rekod Tindakan Agensi Teknikal (AT) ? |
|
Rekod borang baru mesti dibiarkan dalam status PROSES dan disimpan. Setelah disimpan, barulah ikon + (Tambah) AT kelihatan dalam paparan borang. Setelah semua rekod AT ditambah, barulah ditukar [ubah] status borang kepada LULUS atau TOLAK.
|
3. |
Borang 7 adalah untuk permohonan tidak lengkap. Jika permohonan tersebut telah lengkap, bagaimanakah caranya untuk mengubah rekod ke Borang 1 - 5? |
|
Pengguna perlu membiarkan rekod Borang 7 sedia ada. Apabila permohonan telah lengkap, klik IKON COPY pada Borang 7 dan data akan disalin ke rekod baru pada Borang 1 - 5, mana yang berkenaan mengikut Jenis Permohonan.
|
4. |
Dalam borang manual, tiada status permohonan seperti PROSES, LULUS dan TOLAK. Bagaimana dengan keadaan ini? |
|
Di dalam borang ONLINE, status ini diwujudkan bagi memudahkan pengiraan statistik oleh JKT, Semua pegawai OSC diminta mengubah status dari PROSES ke LULUS/TOLAK setelah proses selesai. Ini juga bagi memudahkan pemohon mengetahui status permohonan mereka dalam modul CARIAN.
|
5. |
Jika menerima permohonan serentak, contoh KM & PB, bagaimanakah cara melaporkan di Portal OSC? Perlukah mengisi Borang 1 dan Borang 2? |
|
Setiap permohonan serentak hanya perlu mengisi Borang 1 sahaja dengan memilih Kod Jenis Permohonan yang sesuai. Borang 4 untuk PB tidak perlu diisi.
|