Selamat Datang ke Portal OSC 3.0. Kini, permohonan OSC sepanjang masa dengan OSC Online.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Topik Soalan Lazim : Pengisian Borang | Prosedur Kerja OSC | Perjawatan | CCC | OSC Online | Manual Pengguna |
from = 1 to = 3.2
 
    Muka Surat  1 2 3 Next Page
      Paparan 1-5 daripada 11 Rekod.


PROSEDUR KERJA OSC : SEMUA BERKAITAN PROSEDUR KERJA OSC
1.
Adakah Jawatankuasa yang terlibat meluluskan permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan masih dikekalkan?
 
Dengan adanya Pusat Setempat semua Jawatankuasa yang sedia ada di PBT yang terlibat bagi kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan akan dimansuhkan.

2.
Bagaimana penubuhan Pusat Setempat dapat memastikan proses permohonan cadangan pemajuan dengan cepat?
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat telah ditetapkan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, Timbalan Pengerusi akan dilantik untuk mengambil alih tugasnya. Ini untuk memastikan perjalanan mesyuarat tidak tergendala. Selain itu, Urus Setia Pusat Setempat diberi masa 1 hari untuk mengedarkan permohonan-permohonan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan seperti yang ditetapkan selepas pendaftaran dan buka fail. Urus Setia Pusat Setempat perlu menetapkan semua permohonan yang kemuka sebelum pukul 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari yang sama. Manakala permohonan yang kemuka selepas 12 tengahari akan didaftar, buka fail dan diedar pada hari keesokannya. Urus Setia Pusat Setempat diberi tanggungjawab ini. Pada masa yang sama, Urus Setia perlu mengawal selia dan memastikan Jabatan Teknikal memberi ulasan teknikal dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 25 hari (konsep BKJ) atau 40 hari (konsep JKB).

3.
Jabatan Teknikal diberi masa 25 hari untuk menyediakan ulasan teknikal. Bagaimana jika terdapat Jabatan Teknikal yang tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan?
 
Sekiranya Jabatan Teknikal tidak dapat memberi ulasan dalam tempoh yang ditetapkan untuk sesuatu permohonan tanpa mempunyai alasan-alasan yang kukuh, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan menimbang permohonan tersebut dan memberi keputusan.

4.
Adakah tempoh masa yang ditetapkan ini hari bekerja atau hari kalendar?
 
Hari kalender.

5.
Apakah jenis-jenis permohonan yang diterima oleh Pusat Setempat baru ini?
 
Pusat Setempat menerima permohonan seperti berikut:-
1. Permohonan serentak tukar syarat dan pecah sempadan, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;
2. Permohonan serentak penyerahan balik dan pemberimilikan semula, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit;
3. Permohonan tukar syarat dan kebenaran merancang;
4. Permohonan tukar syarat, kebenaran merancang serta pelan bangunan;
5. Permohonan kebenaran merancang;
6. Permohonan pelan bangunan;
7. Permohonan pelan kerja tanah;
8. Permohonan pelan jalan dan parit;
9. Permohonan dan pengeluaran CFO;
10. Pengemukakan notis penyiapan berperingkat dalam sistem CCC;
11. Pengeluaran laporan ketidakpatuhan sistem CCC; dan
12. Permit untuk pembinaan kecil atau perubahan dan tambahan kecil.
Rujuk Jenis Permohonan dan Piagam di SINI


 
    Muka Surat  1 2 3 Next Page
      Paparan 1-5 daripada 11 Rekod.


Jumlah Soalan Lazim untuk topik ini : 11

* * * Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox atau Google Chrome serta resolusi melebihi 1024 x 768 pixel * * *
Terbit sejak 25 Okt. 2007 - Kemas kini pada Jun 2024 : Rekabentuk & Hakcipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT